Tuesday, June 11, 2013

Tips Membuka dan Mengurus Homestay / Rumah Tumpangan

1. Membuka Homestay / Rumah Tumpangan
  • Mempunyai satu atau dua rumah yang sesuai.
  • Lokasi yang baik adalah penting seperti berdekatan bandar, pantai, pusat pengajian, hospital , pusat pengajian dan sebagainya. Jarak 10 - 15 km dari pusat berkenaan boleh diterima oleh pelanggan.
  • Kelengkapan untuk rumah yang paling minima ialah tilam dan katil. sofa,TV serta cerek memasak air. Namun begitu peti ais, mesin basuh, striker , dapur serta peralatan memasak di alu-alukan. Kos menyediakan kelengkapan berkenaan antara RM 5000.00 hingga RM 10,000.00
  • Menyediakan seorang pengurus/pekerja homestay secara sepenuh masa
2. Mengiklan Homestay

  • Selepas homestay dapat disediakan dengan kelengkapan ,homestay hendaklah diiklankan. Antara cara mengiklakan homestay ialah menaikkan kain rentang, menghebahkan secara lisan kepada kawan-kawan, menggunakan laman sosial , membina blog danlaman web.
  • Membina rangkaian homestay dengan rakan-rakan merupakan satu langkah yang bijak kerana dapat melaksanakan perkongsian dalam mengagihkan pelanggan. Sewaktu kecemasan seperti black out atau masalah lain pada rumah pelanggan boleh dipindahkan ke rumah rakan-rakan.Begitu juga sewaktu waktu homestay kita penuh.
3. Mengurus Homestay / Rumah Tumpangan
  • Mengurus sebuah homestay memerlukan pekerja sepenuh masa kerana pelanggan datang tanpa mengira waktu dan ketika. Begitu juga dengan masalah lain seperti kebersihan, masalah paip tandas, bekalan air, masalah lektrik akan muncul tanpa memberi tahu pemilik homestay.
  • Tugas-tugas pengurus Homestay ialah 1.Menerima Tempahan   2. Membersihkan rumah sebelum pelanggan masuk. 3. Menyambut Tetamu dan menyerahkan kunci. 4. Melayan kehendak dan Kepuasan Tetamu  5. Menerima semula kunci rumah  6. Melakukan kerja-kerja pembersihan selepas pelanggan keluar.
  • Pemeriksaan selepas pelanggan keluar penting untuk memastikan segala suis elektrik terutama aircond ditutup, begitu juga paip air, suis-suis elektrik dan dapur gas.
  • Pengambilan deposit juga mustahak. Kerap kali pelanggan tidak memaklumkan pembatalan tempahan atau mereka akan menginap di Homestay lain/ rumah ahli keluarga apabila sampai di destinasi. Pemilik Homestay telah menyediakan rumah dan menolak permohonan orang lain pada tarikh berkenaan.
  • Masa Check in dan Check Out perlu ditetapkan agar tidak bertembung antara pelanggan yang akan masuk dan keluar.
4. Cabaran Mengendalikan homestay / Rumah Tumpangan

Mengendalikan Homestay/Rumah Tumpangan merupakan satu kerja yang menyeronokkan dan mampu memberi pulangan yang lumayan sekiranya dapat diuruskan dengan baik namun begitu terdapat juga cabaran-cabaran mengendalikannya seperti :-
  • Menerima pelanggan yang cerewet/terlalu demand.
  • Pelanggan datang tidak seperti masa yang dijanjikan.
  • Berlaku kerosakan pada peralatan rumah
  • Tidak sempat menyediakan rumah apabila pelanggan datang.
  • Berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir
  • Berlaku sesuatu yang diluar jangka seperti kerosakan elektrik dan terputus bekalan air.
 5. Perkhidmatan Batu Rakit Homestay

Sebagai sumbangan dan khidmat sosial kepada rakan-rakan yang telah dan akan membuka Homestay  Batu Rakit Homestay bersedia untuk memberi perkhidmatan berkongsi pengalaman dalam perkara berikut :-
  • Perkhidmatan memotong rumput secara bulanan.
  • Perkhidmatan servis aircond dan kerosakan kecil elektrik
  • Perkhidmatan pembentungan dan masalah paip air
  • Perkhidmatan membina blog / menampalkan iklan dalam blog
  • Perkhidmatan khidmat nasihat secara percuma
  • Sila hubungi 019 9677400 / 0179756500

LOKASI : BATU RAKIT

Lokasi Pergambaran Filem ini ialah di sekitar Batu Rakit